Monday, November 29, 2010

Petua Memutihkan Ketiak

Bagi anda yang nak putihkan ketiak dengan cara tradisional, boleh ikuti petua di bawah;

1. Apa yang anda perlukan adalah sedikit kapur sireh dan sebiji limau nipis.

2. Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring.

3. Lepas tu, sapukan campuran tadi kat kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit.

4. Lakukannya selepas mandi tau.

5. Sebaik-baiknya, anda amalkan selama 1 minggu yer.

Jika anda serasi dengan cara ni, hasilnya ketiak anda bukan saja bertambah cerah malah tidak berbau lagi.

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim

- Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
- Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.


(2) Kanser payudara

- bengkak atau gumpalan di buah dada
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar diketiak, kedutan pada kulit di buah dada.


(3) Kanser usus besar

- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.


(4) Kanser paru-paru

- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.


(5) Kanser perut

- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit


(6) Kanser limpa

- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.


(7) Kanser ovari

- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.


(8) Kanser otak

- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personality.


(9) Kanser prostat

- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.


(10) Kanser darah (leukimia)

- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).


(11) Kanser tekak

- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.



10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol
4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10) Keturunan


DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin A, C, E, B-6, dan evening primrose oil

Monday, November 1, 2010

Eqy, the Queen of my heart.... R.I.P


Masa mula2 Eqy join family aku, dia suke sgt membute (tidoooo jer) may be dia x pernah rasa selesa kot sebelum aku adopted dia dulu, hahah~

Kisahnya bermula masa aku ngan hubby gi makan kat tomyam nyior. Mmg aku ni seorg penggemar kucing. So masa tgh2 makan tu mata ni duk 'usha' kucing2 kat kedai makan tu la. Aku duk target kitten sekor ni, color oren berekor panjang. Hubby pun mcm sian sgt tgk aku, so dia suruh la aku bwk balik je anak kucing oren tu, so masa hubby bayar makanan kitorg tu, kitorg pun tanye la kakak tuan empunya kedai tu yang aku nak ambik anak kucing tersebut walaupun sememangnye anak kucing tu anak kucing terbiar, tapi kucing tu kan lepak kat kedai dia, so kene la mintak kebenaran. Tapi tak sangka plak aku yg rupenye akak tu ade seekorlagi anak kucing yang sgt2 cute dan unik (unik sbb anak kucing ni x berekor) anak kucingtu dia simpan kat dlm kedai dia. So dia pun pi ambik anak kucing tu and bagi kat aku.

Aku ni ape lagi, mmg HAPPY sgt la dpt anak kucing. (Mmg kesukaan aku pun kucing2 ni semua, tak kira la kucing jenis ape pun, sbb pada aku, kucing2 ni semua CUTE sgt2 and diorg memahami kite bila kita jaga diorg. Diorg pandai buat kita senyum and ketawa ngan keletah cute diorg, hehe). Dlm perjalanan balik tu, aku duk sibuk main ngan anak kucing yg aku ambik td tp anak kucing tu mcm pekak and bisu. Dia buat 'dek' jer bila aku 'miaw2' kat dia, pastu dia senyap jer, tak bising2 pun mcm anak2 kucing lain. 2/3 hari lepas tu, terkejut aku sbbnye anak kucing tu x bisu pun sbb dia duk jerit2 'miaw2'. Anak kucing tu aku bg nama EQY. sebutannye 'Iki', saje la nak letak nama ala2 comel2 gitu. Masa ambik dia tu, umur dia lebih kurang 2 1/2 bulan kot. X pasti plak umur dia, hehe.

Gambar kat atas ni gambar Eqy sehari selepas diambik kat kedai makan tu. Sgt manja dan comel.....

Eqy seekor kucing yang sgt2 aktif, suke menggigit dan melompat ....

Susah senang aku bersama Eqy. Sebabnye dia ade masa aku tgh susah (erti kata lain :- umah aku masa tu tak de la complete dgn furnisher, al-maklum la aku ni baru jer berkahwin, so byk la bende yg nak kene beli secara sikit2) hehe.. Masa aku ambik dia tu dah nak dkt bulan pose, so masa bulan pose tu, Eqy lah yg temankan aku masa bgn sahur, dia duk main lompat2 (masa tu kat dapur x de meja makan lagi, so meriah la si Eqy ni melompat2 ala kupu2... huhu). Byk sgt kenang antara kami dan Eqy ni tapi sayang sebabnye Eqy mati secara tiba2. Kitorg pun x dpt kesan ape sakit Eqy sbbnye kematian Eqy tu tersgt la tiba2. Eqy x menunjukkan tanda2 yg dia sakit pun =( Cuma 2 hari sebelum Eqy nak mati, dia asyik nak tido sebelah aku jer, makan pun x nak, sedangkan Eqy mmg seekor kucing yg kuat makan.

Eqy menunjukkan tanda2 pelik : Asyik nak tdo kat sebelah aku dan x active mcm selalu =(

Akhirnye, setelah 2 hari menunjukkan perangai2 pelik, Eqy pergi meninggalkan kami pada 5 oct 2010 =( Umur Eqy lebih kurang 6 bulan lebih tp masa aku ambik dia may be umur dia dlm 3 bulan, aku ngan hubby sedih teramat sgt. Gambar kat atas ni gambar Eqy yang dah tak bernyawa lagi, Eqy mati depan pintu bilik kami =(

Aku teramat2 sedih sbb x sangka yang Eqy dah x de dgn kami lagi. Byk kenangan antara aku dan Eqy. By the way, bukan Eqy sekor jer kucing yang aku ade, lepas aku adopted Eqy, aku beli kucing Mixed persian (kucing jantan, kononnye nak buat boifren utk si Eqy ni tapi x kesampaian =( kucing jantan tu bernama bobo) dan 2 ekor kitten yg masih kecik lagi bernama Puteh dan Kecik =) Nanti aku story pasal kucing2 aku yg lain dlm next entry~~ tata...